Skip to main content

Mesti Baca! Selama berabad hingga kini muslim seluruh telah salah dalam mengamalkan puasa ramadan.

*For English readers of the puasa ramadhan, there's a english translation for the verses of quran and hadist. The main argument/proofs for ramadhan fasting is in surah al baqarah verse 187, and the actual time for breaking the fasting is at dusk or isya' (begining of night) is described by other verse of the quran surah al-isra' verse 78 and others several hadist as proofs to dispute the present breaking of the fasting at sunset/maghrib (twillight) as practise by muslims all over the world.

Puasa Ramadan Fasting Ramadhan 2025 image

 Puasa Ramadan


PUASA RAMADAN MENGIKUT DALIL AL-QURAN, HADIS, SAINS DAN SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN PUASA RAMADAN DIAMALKAN UMAT ISLAM SEJAK 1000 TAHUN ‘TIDAK SAH’

Highlight: kesalahan-kesalahan orang-orang agama yang muslim ikuti 1. hari mula puasa lambat sehari,dua hari(2025),hari raya lambat sehari,dua hari.
-mereka mengikut cerapan bulan melalui teropong dari bumi yang terbatas dengan pencermaran langit dan cuaca.
-tidak mengikut cerapan satelit yang tanpa terbatas kepada pencemaran langit dan cuaca.

2. waktu berbuka puasa waktu maghrib sebenarnya adalah salah.
-mereka mengikut tembakkan meriam zaman khalifah fatimmiyah untuk waktu berbuka puasa yang sama sekali tidak mengikut sains fasa twilight bumi(cahaya matahari hilang dan muncul)
*Sumber data dalam pengkajian ini: 
A. AlQuran,dalil dan hadis.
B. timeanddate.com moonphase yang dicerap oleh satelit.

*Sebenarnya setiap bulan baru islam bermula apabila bulan mula melintas garisan imaginary antara bumi dan matahari.
*Setiap bulan islam miliki 29 hari+ beberapa jam.

Di pengkajian ini diterangkan dengan jelas,lengkap dan terperinci Puasa Ramadan yang sebenarnya dan yang sepatutnya.Mohon Dibaca..

(A1).  Mukadimah 


(a). Buku in ditulis untuk membincangkan kemungkinan besar Puasa Ramadan yang seluruh umat Islam amalkan sekarang adalah ‘tidak sah dan tidak diterima’ oleh Allah SWT berdasarkan dalil Al-Quran iaitu surah Al-Baqarah ayat 187 dan surah Al-Israa’ ayat 78 dan beberapa Hadis sahih ;    

a). Allah SWT berfirman didalam surah Al-Baqarah ayat 187 : 

“ Makanlah serta minumlah (diwaktu malam) sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) ia-itu waktu fajar kemudian sempurnakanlah puasa itu (diwaktu siang hari) sehingga datang waktu malam. “

b). umat Islam berpuasa di bulan Ramadan adalah mengikut ‘definasi Puasa Ramadan’ iaitu : 

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai "menahan diri". Puasa Ramadan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari ‘terbit fajar’ sehinggalah ‘terbenam matahari’ dibulan Ramadan ;

(b). para ulama membuat tafsiran yang ‘salah besar’ kepada surah Al-Baqarah ayat 187 bahawa ‘sehingga datang waktu malam’ adalah diterjemahkan sebagai ‘sehinggalah terbenam matahari’ yang menyebabkan umat Islam berbuka puasa setelah ‘tenggelam maahari’ disebut dalam ‘definasi Puasa Ramadan‘ berbanding dengan ‘sehingga datang waktu malam’ didalam Al-Quran ;  

a). buku ini akan membuktikan secara ilmiah bahawa ‘kesilapan besar’ telah dilakukan oleh ulama terdahulu hingga puasa Ramadan umat Islam ‘terbatal’ dan ‘tidak sah’ dan umat Islam hanya mendapat lapar dan dahaga saja setiap tahun apabila berpuasa dibulan Ramadan ; 

b). sama ada para ulama menggunakan kaedah ‘ berbuka puasa dengan bedilan Meriam yang bermula dizaman Khilafah Fatimiyyah’ sejak 1000 tahun dulu iaitu Khalifah meletupkan Meriam apabila ‘tenggelam matahari’ untuk umat Islam di Iskandariah Mesir untuk berbuka puasa ; 

c). atau para ulama telah ‘salah tafsirkan’ Hadis Sahih Bukhari 1954 dan Muslim 1100 : 

Diriwayat oleh Umar Al-Khattab, Rasulullah SAW bersabda :
“ Bila malam telah datang dari arah sini dan siang telah pergi dari arah sini dan telah tenggelam matahari, maka sungguh orang berpuasa telah berbuka” (Hadis riwayat Bukhari)
Iaitu para ulama membuat tafsirkan bahawa ‘malam telah datang’ dan ‘siang telah pergi’ sebagai ‘berlaku serentak’ apabila ‘tenggelam matahari’ dan termasuk juga mentafsirkan bahawa ‘malam didalam Islam bermula selepas tenggelam matahari’ berdasarkan Hadis tersebut diatas ; 

d). dari tafsiran ‘malam di dalam Islam bermula dari tenggelam matahari’ maka para ulama telah meletakkan ‘perkataan (magnrib)’ dihujung terjemahan surah Al-Baqarah 187 didalam kitab-kitab terjemahan Al-Quran dan kitab-kitab berkenaan Puasa Ramadan supaya umat Islam di kemudian hari juga akan berbuka puasa apabila ‘tenggelam matahari’ iaitu bila azan maghrib ! ;

e). Allah SWT berfirman didalam surah Al-Baqarah ayat 187 iaitu dengan perkataan (maghrib) :
“ Makanlah serta minumlah (diwaktu malam) sehingga nyata kepada kamu benang putih 
(cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) ia-itu waktu fajar kemudian 

(c). terdapat juga segolongan kecil daripada para ulama dan umat Islam yang berselisih atau khilaf iaitu tentang masa atau waktu sebenar untuk berbuka puasa di bulan Ramadan ; mereka menunggu antara 20-30 minit selepas ‘tenggelam matahari’ bila keadaan dilangit beransur-ansur gelap dan bertambah gelap seperti malam untuk berbuka puasa ; 
 
(d). buku Puasa Ramadan ini menggunakan kaedah menetapkan waktu berbuka Puasa Ramadan berpandukan kepada dalil Al-Quran, Hadis-hadis bersangkutan ‘tenggelam matahari’ dan ‘datang malam’ dan kaedah sains mengenai takrifan atau definasi ‘siang’ dan ‘malam’ bagi mentafsirkan terjemahan surah Al-Baqarah ayat 187 : ‘ia-itu waktu fajar kemudian sempurnakanlah puasa itu (diwaktu siang hari) sehingga datang waktu malam’ ; untuk masa berbuka puasa sebenar ; 

a). menerangkan dengan jelas bahawa terdapat perbezaan makna antara ‘tenggelam matahari’ dengan ‘datang malam’ yang disebutkan didalam beberapa dalil-dalil Al-Quran dan Hadis-hadis melalui kaedah perbandingan antara dalil-dalil tersebut yang dibandingkan sebelah menyebelah ;  

b).  Allah SWT berfirman didalam surah Al-Baqarah ayat 187 : 

“ Makanlah serta minumlah (diwaktu malam) sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) ia-itu waktu fajar kemudian sempurnakanlah puasa itu (diwaktu siang hari) sehingga datang waktu malam. “

c).  Allah SWT berfirman didalam surah Al-Israa’ ayat 78 : ‘tenggelam matahari’ bukan ‘malam’

“ Dirikan oleh mu solat setelah ‘gelincir matahari’ hingga ‘gelap malam’, dan melakukan bacaan Al-Quran sebelum mendirikan solat subuh, dan sesudah solat subuh, sesungguhnya 
itu adalah disaksikan (oleh malaikat). “  (surah Al-Israa’, ayat 78) 

d). Hadis Sahih Bukhari 1954 dan Muslim 1100 : 

Diriwayat oleh Umar Al-Khattab, Rasulullah SAW bersabda :
“ Bila malam telah datang dari arah sini dan siang telah pergi dari arah sini dan telah tenggelam matahari, maka sungguh orang berpuasa telah berbuka” (Hadis riwayat Bukhari)
Hadis tentang berbuka puasa ini hendaklah dibaca mengikut sorotan kejadian sebenar iaitu :   

“ dan telah tenggelam matahari, dan siang telah pergi dari arah sini, Bila malam telah datang 
dari arah sini (sebagai masuk waktu Isya’), maka sungguh orang berpuasa telah berbuka ”  

e). Hadis Imam Muslim, no. 2113 meriwayatkan dari Jabir radhiallahu anhu, dia berkata, 

"Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, 
"Jangan lepas hewan ternak kalian dan anak-anak kalian apabila ‘matahari terbenam’ hingga berlalunya ‘awal waktu Isya’’. Karena syaitan bertebaran jika matahari terbenam hingga berlalunya awal waktu Isya." 
(e). Pihak berkuasa Agama di Malaysia menetapkan tarikh bermula puasa iaitu 1 Ramadan dan tarikh untuk menyambut Hari Raya Puasa iaitu 1 Syawal melalui kiraan Hisab dan Rukyah : tetapi
merujuk kepada kalendar kuda Malaysia yang tidak tepat dan terdapat banyak kesilapan ; umat Islam hendaklah memanfaatkan laman sesawang www.timeanddate.com yang memberikan masa dan tarikh-tarikh untuk Bulan-bulan Baru Islam untuk menentukan masa bermula puasa Ramadan dan berakhirnya bulan Ramadan iaitu bersamaan bermula bulan Syawal secara ‘real time’ menggunakan satelit yang merekodkan pergerakan bulan secara langsung 24 jam ; untuk pengetahuan umat Islam, Bulan Baru Islam berlaku apabila bulan melintasi satu garisan lurus khayalan atau imaginary line antara pusat bumi dan pusat matahari ; terdapat banyak maklumat

seperti kalendar lunar dan maklumat waktu-waktu solat secara tepat untuk seluruh dunia ; 


































































Comments

Popular posts from this blog

For decades till todays muslims whole around the world got wrong in Tawhid.

    The study of the true Chapter of Tawhid/Tawheed this is the true Tawhid/Tawheed,*Highlight in this study: Translation of the phrase La ila ha illallah and it's proofs from the Al-Quran. Asalamualaikum Warahmatullahi Taalahi wabarokaatuh. (01). Islam is distorted through the use of the concept of Iltifat (pronoun) of the word God (English Bible) and the concept of the Basic Word or Leksem meaning Tuhan in Indonesian AlKitab translated from Root Word or Lexemes God (English Bible) which refers to all Secular religions is the concept of 'divinity' by Western scholars; followed by Islamic scholars who refer to the words of Allah SWT and the Kalimah (attribute Title) Rabb as Sentence or Leksem meaning God and refer to the Kalimah (name of Creator) Allah SWT as meaning the One God and the God who is entitled to be worshipped in the translation of the Kalimah Tauhid " اللّه الا اله لا" and also uses (pronouns) of God as 'replacement' to the Word of Allah SWT...

Mesti Baca! Selama berabad lama hingga kini muslim seluruh dunai telah salah dalam bab Tauhid.

    Pengkajian Tauhid, inilah Tauhid yang sebenarnya dan yang sepatutnya, Highlight: Kesalahan orang-orang agama dalam menterjemahkan kalimah La illa ha illallah,lalu muslim seluruh dunia tanpa sedar dan mengikuti selama berabad hingga kini. *Highlight di Pengkajian ini : Tauhid yang sebenar dengan Terjemahan Kalimah La ila ha illallah dan dalil-dalilnya dari Al-Quran yang betul. Assalamualaikum warahmatullah hitaala hi wabarakatuh..

Viewers Stats original page(ramadantauhid.blogspot.com)

Viewers Stats original page(ramadantauhid.blogspot.com)

Original page(ramadantauhid.blogspot.com)page views

Original page(ramadantauhid.blogspot.com)page views

Viewers Stats ramadantauhid2

Viewers Stats ramadantauhid2
ramadantauhid2.blogspot.com

Total Pageviews ramadantauhid2.blogspot.com

271